13 senarai semak produk kecantikan jenama sendiri



Memang seronok jika ada produk kecantikan jenama sendiri dengan manfaat produk lain dari yang lain di pasaran serta produk kecantikan jenama anda mendapat permintaan serta perhatian ramai. Jika ini matlamat anda, anda sedang berada di blog yang betul, di blog ideaperniagaanmudah.blogspot.com ada tips juga panduan bagaimana anda boleh bermula mengasaskan produk kosmetik jenama anda sendiri.


Dalam perenggan seterusnya saya akan berkongsi berkenaan beberapa perkara penting yang menjadi 
asas untuk bermula produk kecantikan jenama sendiri melalui kontrak pengilangan, In Sha Allah saya mengharapkan ia mampu membantu merealisasikan impian anda bergelar seorang jutawan produk kecantikan berjenama anda sendiri nanti.

13senarai semak Rahsia Jutawan Senyap Produk Jenama Anda Sendiri ;

Saya sarankan anda beli satu fail yang mengandungi beberapa helai kertas juga pen bagi tujuan catatan kerja kajian produk sebelum anda lancarkan produk jenama anda sendiri nanti.

Anda perlu lakukan sedikit kajian pasaran bagi ketahui produk yang tengah hangat dipasaran sekarang, mudah sahaja mendapat maklumat ini dengan cara risik-risik di kiosk-kiosk yang menjual pelbagai jenis produk berjenama khasnya dipasaraya, pasar malam, kedai-kedai jamu disekitar tempat anda. Di senaraikan beberapa produk kecantikan dan kesihatan yang sesuai juga berpemintaan tinggi dipasaran Malaysia.

  • Produk intimasi / sek-s ; Lebih sinonim dengan jolokan "ubat kuat", produk jenama jenis ini paling tinggi permintaan oleh faktor ramai rakyat Malaysia mempunyai masalah syahwat. Produk ini termasuk membesarkan & memanjangkan alat kelamin lelaki, membesar & mamejalkan payudara wanita, merapat & mengetatkan kemaluan wanita, meningkatkan daya tahan hubungan kelamin.
  • Produk kosmetik untuk kesihatan kulit; Wanita lebih cenderung ingin kelihatan putih gebu, memang lumrah kejadian jadi anda selaku usahawan perlu bertindak bijak mengambil peluang ini. Asan bahan-bahan seperti "glutathione" , Vitamin C , Stemcell menjadi mainan pengasas-pengasas produk kecantikan jenis ini, ia dipercayai mempunyai kuasa mencerah & mencantikkan kulit.
  • Produk pelansingan badan ; Rakyat Malaysia memang ramai yang mengalami masalah obesiti semua disebabkan faktor pemakanan. Jika anda memilih menghasilkan produk oem dengan formula sendiri, ini adalah jenis produk kecantikan yang juga bersesuaian dengan permintaan.
  • Produk penjagaan kulit ; 'skincare' juga menjadi pilihan ramai pengasas produk jenama sendiri, bukan sahaja ia mampu didapati dengan kos yang murah malah jika debeli dengan kuantiti yang banyak anda mampu mencipta keuntungan berlipat kali ganda tapi berhati-hati dengan formulasi mereka pastikan tiada bahan-bahan terlarang seperti 'merkuri' , 'bleaching' & 'hydroquinone'.
Ini adalah diantara produk yang mempunyai permintaan yang 'menggila' dipasaran. Jika diamati senarai diatas, kesemuanya produk bagi membantu menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi rakyat Malaysia. Jadi anda utamakan manfaat semasa berkira-kira untuk mengeluarkan produk jenama sendiri agar permintaan produk anda sentiasa stabil.

Faktor permintaan juga boleh didapati dari kilang OEM yang menghasilkan produk berpemintaan tinggi.
Tetapkan sasaran jualan! Ia faktor penting untuk anda maju untuk bergelar Jutawan Senyap Produk Kosmetik Jenama Sendiri. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, statistik penduduk Malaysia  telah mencecah 30 juta sekarang ( 2014 ). Ambil kesempatan dari faktor ini, jangan tamak cuma set minda anda.
  • Anda hanya perlu 0.1% dari rakyat Malaysia membeli produk anda. Jika untung bersih satu produk anda RM50, keuntungan anda dah mencecah RM1.5 JUTA. Maka, misi anda telah berjaya, ini adalah rahsia jutawan kosmetik & produk kecantikan.
  • Sasaran anda 0.1% hanyalah individu yang ingin mencuba sahaja; belum lagi yang membuat belian ulangan. Tidak dinafikan ada golongan wanita khasnya yang sukar mencuba & bertukar-tukar produk demi untuk cantik dengan segera. Fikir-fikirkanlah.
Pilih cara konsumsi produk, anda boleh pertimbangkan beberapa opsyen yang dicadangkan.
  • Produk yang perlu dibancuh dengan air sahaja.
  • Produk berbentuk sapuan luaran.
  • Produk yang diambil secara oral ( kemam bawah lidah ), dengan teknologi nano.
  • Produk berbentuk pil / kapsul.
  • Berbentuk spray.
Tips kesesuaian ini akan dicadangkan oleh kilang OEM yang menghasilkan produk kecantikan jenama anda sendiri nanti.

Boleh melakukan kajian kilang OEM yang mampu membekalkan produk jenama sendiri anda nanti. Hampir disetiap negeri ada kilang-kilang sebegini. Jadi tugas anda kini lebih mudah, tanpa perlu membina kilang OEM sendiri tapi anda telah menjadi 'taukey' produk kecantikan jenama sendiri. Antara faktor pemilihan yang boleh anda pertimbangkan seperti;
  • Nilai sama ada anda boleh percaya dengan pengilang ini atau pun tidak. 
  • Sama ada pembekal anda boleh membekal dalam jumlah yang besar atau pun tidak. 
  • Lihat sama ada pembekal boleh mambekal produk yang menepati kualiti dan kemahuan anda atau sebaliknya.
  • Hak kerahsiaan formula dan jenama anda terjaga.
  • Bahan Halal disisi agama Islam.
  • Formulasi dari bahan dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Mampu menyelesaikan isu Sijil Halal dan Sijil KKM
  • Pemilik kilang Muslim atau berbangsa lain.
  • Pastikan kilang bertaraf GMP .
Selain itu, faktor tambahan yang boleh anda pertimbangkan lagi seperti;
  • Adakah pengilang OEM tersebut mempunyai unit R&D sendiri / doktor pemakanan yang dilantik.
  • Servis-servis tambahan yang mampu disediakan seperti rekabentuk grafik, jenama, percetakan kotak, khidmat pembungkusan dan lain-lain.
  • Teliti testimoni mereka, apa produk yang pernah mereka keluarkan & adakah produk tersebut pernah atau sedang "meletup" dipasaran?
  • Melawat kilang OEM mereka, stelah anda yakin baulah anda teruskan usahasama anda.
  • Lawat lebih dari 1 kilang agar anda boleh buat pilihan yang lebih tepat.
Dibawah tersenarai l i n k direktori kilang pengeluar / pembekal,



Bukan itu saja, terdapat konsultan produk jenama sendiri yang dapat membantu anda memudahkan proses pengurusan yang sedia membantu di mana tawaran mereka ini biasanya lebih lengkap. perunding produk jenama sendiri oem ini memiliki rangkaian yang luas bagi membantu anda, Oleh kerana kadangkala kekangan operasi kilang oem yang hanya mampu mengeluarkan produk sahaja, jadi tidak salah sebenarnya jika anda memilih perunding konsultan oem bagi memudacara misi anda. Yang penting anda harus bijak memilih.

 Rancangkan & sediakan bajet ; mengikut kajian kos produk dalam pasaran sekarang adalah sekitar RM9.00 - RM40 dengan harga jualan RM30 - RM250 bergantung pada produk, dengan harga jual ini berapa keuntungan anda perolehi hanya semudah melakukan kontrak pengilangan dengan berbekalkan sedikit modal.

Saranan kepada bakal pengeluar produk supaya sediakan juga budget yang bersesuaian untuk kos pengiklanan & pemasaran kerana ia mempunyai pengaruh besar terhadap hasil yang bakal anda perolehi.

Budget ini tidak perlu dikeluarkan sekaligus akan tetapi anda arus keluarkan sedikit demi sedikit contoh permulaan anda perlu budget branding bagi meningkatkan "awareness".

  • Jika secara online biasa pelaburan menggunakan iklan facebook berbayar atau iklan google dll.
  • Jika secara offline sebagai contoh menggunakan banting / banner di jalan2 atau di kedai, boleh juga menggunakan kertas edaran dll.

  Fikirkan & rancangkan
  • Nama produk.
  • Nama Syarikat.
  • Tagline produk.
  • Logo produk jenama anda.
 Pilih channel pemasaran yang dirasakan efektif yang mana mereka ni mampu memperkenal serta mengedarkan produk kita. Sebagai conto:
  • Individu agen jualan?
  • Kedai internet?
  • Kedai-kedai runcit di kampung dan pekan kecil?
  • Warung-warung makan?
  • Restoran?
  • Kedai-kedai kek?
  • Kedai-kedai salun rambut?
  • Spa?
  • Kedai-kedai farmasi?
  • Klinik perubatan alternatif?
  • Butik?
  • Kedai jahit?
  • Mini market milik Cina di bandar sederhana besar?
  • Rangkaian supermarket di bandar-bandar utama?
  • Multi Level Marketing (MLM)
  • Kelab-kelab / persatuan?
  • Koperasi?
  • Lain-lain yang dirasakan efektif.
Drafkan pelan komisyen sekiranya wakil jualan ( agen ) membuat jualan. Tuliskan juga pelan insentif sekiranya mereka melakukan jualan yang banyak, ini penting sebagai motivasi mereka meningkatkan jualan seterusnya memberikan keuntungan kepada anda selaku pengasas produk jenama sendiri tersebut.

Buat persediaan 'tool' wajib.
  • Laman web / laman blog / Facebook Page.
  • Banting, Banner, Flyers, Kad Nama, Baju, Bill Book & lain-lain.
Catatkan "booster plan" untuk melajukan jualan.
  • Promosi produk. Cth; BELI 1 PERCUMA 1, BELI 1 potongan 50% untuk produk ke-2 .dll.
  • Percuma "Shaker".
  • Pakej hadiah pelanggan setia. Cth; barangan elektrikal, telefon pintar, tv & lain-lain.
  • Peraduan testimoni terbaik.
 Catatkan "support plan".
  • 'Startup plan' bermula secara online - kos awal murah.
  • Teknik jualan secara"dropshipper".
  • Teknik "pre-order".
  • Teknik jualan borong.
  • Preview bisnes.
  • Mengadakan seminar keushawanan.
  • Usahasama dengan koperasi / persatuan.
 Drafkan juga cadangan pengiklanan produk anda.
  • Iklan Facebook ( Boleh guna kupon untuk lebih kredit nilai ).
  • Google Adwords ( Boleh gunakan pakej iklan lebih nilai )
  • Edaran flyers.
  • Buka booth di tapak pameran.
  • Iklan di web terkenal.
  • Iklan akhbar / majalah.
  • Iklan media radio / tv.
  • Iklan di internet ( pelbagai teknik termasuk teknik video , guna software dll )
Diatas merupakan beberapa tips yang boleh membantu anda yang berminat ingin mencuba bermula dengan produk kecantikan oem jenama anda sendiri dengan usahasama kontrak pengilangan, saya harap misi & matlamat anda dalam bisnes akan lebih mudah tercapai.

Penulis artikel telah terlibat dalam perniagaan sejak 2005 lagi, kini bergiat aktif  dalam pemasarasan online juga offline serta sibuk menguruskan perniagaan rekabentuk grafik juga laman web secara sepenuh masa. Tips yang telah dikongsikan hasil maklumbalas rakan-rakan, pelanggan juga individu yang pernah mengeluarkan produk-produk kecantikan jenama sendiri, serta kajian melalui pembacaan juga internet. Artikal ini boleh dijadikan panduan tetapi bukanlah suatu undang-undang yang WAJIB dipatuhi. Hubungi penulis di FbPage beliau.

Sekiranya anda suka dengan artikel "13 senarai semak produk kecantikan jenama sendiri" di http://ideaperniagaanmudah.blogspot.com/ " boleh tinggalkan komen dibawah & jika ada sebarang cadangan juga dialu-alukan. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana bahagian artikel ini TANPA IZIN.

Update Artikel terkini : JAN 2016

34 comments:

Unknown said...

Salam.says berminat nk buat pembersih peribadi wanita

Unknown said...

Salam.says berminat nk buat pembersih peribadi wanita

Ikhvn said...

Salam, saya ada berminat untuk buat produk penjagaan bayi.

Anonymous said...

salam.. saya berminat untuk menghasilkan lipstick jenama sendiri. mintak bantuan tuan untuk senaraikan syarikat oem yang terdapat di malaysia. terima kasih.

zairol daud said...

Saya berminat untuk produk intim lelaki yang kurang kemampuan daya seks. Mohon siapa yang boleh bantu.

zairol daud said...

Saya berminat untuk produk intim lelaki yang kurang kemampuan daya seks. Mohon siapa yang boleh bantu.

Buat Duit said...

Boleh Whatsapp admin weblog di talian +6010-6698569

Unknown said...

boleh email saya jugak tak detail kilang kat kedah tu?.. asyjohar@gmail.com..terima kasih :)

Mimie said...

tkasih untuk info

Mimie said...

tkasih untuk info

quality and customer are our priority said...

Tq atas info yg sgt bermanfaat

quality and customer are our priority said...

Tq atas info yg sgt bermanfaat

Unknown said...

saya berminat nak buat jenama sendiri, dan bagai mana saya ngin mulakan,,

Unknown said...

saya suzana berminat buat jenama sendiri, dan saya berminat dgn cadangan produk di atas,,, ni no saya 01110905172

shilaseli said...

Saya juga berminat untuk membuat produk Kecantikan jenama sndri, terima kasih ats tip

hamdan said...

Salam sy hendak buat produk pembersih muka dr jerawat dan bekas parut kayap, segala formula dr org tua sy ada. Mcm nak nk mula?

Admin said...

Assalam, boleh terus wasap admin blog +6010-6698569

Admin said...

Assalam, boleh terus wasap admin blog +6010-6698569

Admin said...

Assalam, boleh terus wasap admin blog +6010-6698569

Unknown said...

Assalamuallaikum...sy ct berminat nk wat produk pencerahan wajah,merahkan bibir dan payudara wsap sy plsss 011-12825723

CHE said...

WHATSP SAYA ADMIN KILANG KAT AREA KEDAH 0184057232

CHE said...

WHATSP SAYA ADMIN KILANG KAT AREA KEDAH 0184057232

faiz isa said...

sape tahu kilang area seri kembangan k.l

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Aliff haiqal said...

Assalam,nak Tanya ada tak kilang OEM yang mengeluarkan produk pomade di johor bahru?? Mohon pencerahan,tq

Unknown said...

Asslammualaikum... boleh email saya notylenx@gmail.com tentang kilang buat produk jenama sendiri. saya berminat hendak membuat produk makeup jenama sendiri. thank you

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya berminat dan saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk jualan nama sendiri. Hubungi Puan Nilam Sari di Talian 0195336969

Anonymous said...

Saya kerja di kilang OEM berstatus GMP. Sekarang ni tgh offer kepada sesiapa yang berminat jadi pengusaha produk kapsul dan jamu. Pakej ditawarkan seperti berikut:

Pakej Produk Kesihatan
Kapsul & Jamu
• Modal RM9,999
• Keuntungan RM29,997
• Jamu Kesihatan Wanita, Kapsul Kesihatan Lelaki, DLL (Choose 1 type)
• 500 unit untuk 1 jenis produk yang dipilih
• Percuma Lab approval with Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
• Percuma Product approval with Kementerian Kesihatan Malaysia
• Percuma Halal approval with Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
• Percuma Imported Packaging
• Percuma High Quality Imported Material
• Percuma Product Formulation & R&D
• Percuma Silk Printing Label High Quality
• Percuma Penghantaran Semenanjung Malaysia
• Percuma Sesi konsultansi bersama Jururunding Produk & Pemasaran
• Percuma Sebuah buku perniagaan

TEL: 014-9702702 / 09-7715195 / 09-7715196

Anonymous said...

saya ingin memulakan perniagan product sendiri. dan saya ingin menghubungi kilang dimana yang terdekat di JB contoh...? sila hubungi saya atau watsapp saya di +6582285121

Anonymous said...

Terima kasih atas panduan yg sangat berguna utk saya memulakan bisnes produk jenama sendiri..

Upah Design Murah said...

Sama2 anonymous.. saya doakan anda lebih sukses.. Segera bertindak untuk dapatkan RESULT..

Anonymous said...

salam, saya mencari produk OEM untuk lelaki?
capsuls, gel atau apa saja. (kindly recommend)

termasuk packaging..
berapa minimum order?

sila emailkan ke spmen.official@gmail.com kalau ada. TQ.

TopEvent said...

salam sy berminat utk buat skincare.
pls whatsapp 0113-8083663
email: topevent_solutions@yahoo.com

Post a Comment